Berita

16/08/2004

Pemindahan Server !

Webmaster ingin meminta maaf atas kesulitan untuk mengakses laman web ini beberapa hari lepas. Perkara ini berlaku disebabkan laman web ini sedang di pindahkan ke server baru (daripada geocities ke theplanet. Sekarang, anda boleh mengakses laman web ini daripada 2 URL iaitu :

 
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Di samping itu, webmaster ingin memaklumkan bahawa laman web baru untuk warga alumni MRSM Kuala Berang akan mempunyai portal baru di :

http://www.alumniqber.org

Buat masa ini, tiada apa-apa data di dalam laman web ini. Tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian.
 

18/10/2003

Perlawanan Akhir Pertandingan Bolasepak Piala Alumni

Sukacita dimaklumkan, Perlawanan Akhir Pertandingan Bolasepak Piala Alumni Musim 2003 akan dilangsungkan pada Ahad 19hb Oktober 2003 pada jam 8.00mlm di Stadium UiTM Shah Alam. Perlawanan tahun ini akan menyaksikan pertemuan di antara bekas pelajar-pelajar MRSM yang bermain di atas tiket Ansara Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah St John Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, bagi pihak Ansara saya dengan besar hati menjemput tuan serta ahli-ahli cawangan tuan ke acara tersebut. Adalah menjadi harapan kami agar ramai ahli-ahli cawangan tuan khususnya para pemain pasukan bolasepak dapat hadir memeriahkan serta menjayakan acara tahunan persatuan kita ini.

Bagi menjayakan lagi acara ini, pihak penganjur menawarkan dua tiket penerbangan Kuala Lumpur-Langkawi dan lain-lain hadiah menarik bagi penonton bertuah. Disamping itu juga cawangan yang paling ramai hadir di perlawanan tersebut akan memenangi satu set jersey untuk pasukannya yang bertanding di dalam Liga-A tahun hadapan. Penonton perlu mendaftar di laman web pertandingan di www.liga-a.com sebelum hari perlawanan bagi layak memenangi sebarang hadiah. Sekian terima kasih.

Jasa Sukan Ansara – Bersama Untuk Semua

Yang Benar,

AMIRUDDIN JUMAAT
Pengerusi Pertandingan


22/06/2003

Kembali Belajar !

Oleh kerana saya telah kembali untuk meneruskan pengajian saya, saya tidak mempunyai banyak masa untuk online lagi. Oleh itu, jika sila hubungi saya melalui email jika ada apa-apa pertanyaan ataupun komen. Saya, insya-allah akan check email saya (comflash2@hotmail.com) sekurang-kurangnya 2 kali setiap minggu.


08/06/2003

Server Alpha Version Ditutup !!!

Setelah sebulan versi Alpha dipaparkan kpd umum, saya mendapat banyak komen dari pengunjung dan rata-ratanya memberi komen berkenaan GUI yang terlalu simple dan warna yang kurang pelbagai.

Saya memandang berat komen-komen yang diberikan oleh anda semua, tetapi buat versi BETA 1, ia tidak akan diimpliment kerana kesuntukan masa. Insya-allah, saya akan masukkan cadangan-cadangan anda itu di dalam Versi BETA 2 nanti.

Dengan ini, saya umumkan bahawa server bagi versi Alpha dengan ini ditutup secara rasmi dan akan menunggu hari pelancaran versi BETA 1.


08/05/2003

Alpha Version Diumumkan !!!

Sementara menunggu server yg sebenar untuk sistem community online qber (untuk versi beta), saya telah membuka server sementara yang beralamat di http://alumniqber. homelinux.com bagi membolehkan semua melihat sendiri secara kasar bagaimana fungsi dan bentuk sebenar sistem community kita. Sila gunakan kata laluan ini untuk Log In :

Nama Cyber : tetamu
Password : tetamu

Versi yang dipamerkan adalah versi Alpha (internal realease), iaitu versi yang sama yg diuji oleh kami sebelum di update ke versi Beta (versi umum). Oleh itu, beberapa fungsi masih tidak dibuka atas sebab-sebab keselamatan.

Oleh kerana server yang digunakan bukannya 'dedicated server', jadi pada masa-masa tertentu, mungkin ia tidak dapat dimasuki. Sila cuba pada hari atau masa yang lain


20/04/2003

GUI Redesigned & Server Required

Sistem Community Online telah siap 98% untuk Beta 1 dan bersedia untuk dilancarkan bila-bila masa sahaja. Sehubungan dengan itu, satu GUI baru telah di design untuk menggantikan GUI lama (digunakan utk internal release).

Selain itu, kami memerlukan kerjasama semua ahli untuk menderma bagi menyewa sebuah server (kos keseluruhan = RM150/year).Jumlah yg hendak diderma, bergantunglah kpd individu (RM5 pun takpe). Alamat server alumni yg dicadangkan ialah http://www.alumniqber.org.

Sesiapa yang ingin menderma, atau ingin mencadangkan nama alamat server yang baru atau ingin menyumbangkan GUI baru, sila hubungi saya di :

E-Mail : comflash2@hotmail.com
YahooID : mrsmkbr

- FOUNDER


01/04/2003

Perlawanan Persahabatan ANSARA QBER..

Assalamualaikum....

Satu pelawanan persahabatan ANSARA Kuala Berang akan diadakan pada 6 April 2003 bertempat di Padang Mardi A Serdang pada jam 5 pm. Semua warga alumni MRSM Kuala Berang dijemput hadir.


08/03/2003

ANSARA QBER NEWS...

Assalamualaikum... Di sini terdapat 2 berita terkini.

1] PERLAWANAN PERSAHABATAN

Pada 08/03/2003, team bola Ansara Qber akan mengadakan satu perlawanan persahabatan di padang RRI Sg. Buloh pada pukul 4.00 ptg. Semua Qberians dan X-Qberians dijemput hadir menyaksikannya.

Terdapat juga acara-acara untuk supporter yang datang.

2] SAMBUTAN 10 TAHUN MRSM QBER

Pada 30-31/08/2003 (cadangan), pihak ANSARA MRSM Kuala Berang akan mengadakan majlis 10 Tahun MRSM Kuala Berang yang akan bertempat di MRSM Kuala Berang sendiri. Semua batch dijemput hadir.

Untuk menjayakan program ini, Ansara Qber memerlukan seramai yang mungkin wakil dari setiap batch untuk menjadi AJK commitee. Sesiapa yang berminat sila sms atau menelefon 012-6558170 (Halim Iskandar)


13/02/2003

Cleaning Code....

Mulai hari ini, saya memulakan proses mengstrukturkan semula source code sistem Online Community Alumni MRSM Kuala Berang untuk mengecilkan dan memusatkan source code bagi memastikan efisyensi berada di tahap optimum. Oleh itu, tiada progress baru akan berlaku. Tahap security juga akan dinilai semula kerana hole baru berjaya dikesan baru-baru ini.


02/02/2003

Just Around The Corner....

Development untuk sistem Community Online sudah hampir siap sepenuhnya untuk BETA 1. Terdapat beberapa fungsi yang masih belum disiapkan dan akan ditambah ketika BETA 2 dijalankan. Sekarang, masalah yang paling besar adalah di mana hendak upload sistem ini agar semua orang boleh access untuk mengujinya.

Sesiapa yang berminat untuk berkongsi space servernya, sila hubungi saya di comflash2@hotmail.com. Segala pertolongan anda, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.


28/01/2003

Continue...

Oleh kerana saya telah pulih sepenuhnya dan minggu ujian sudah tamat, pembangunan sistem disambung semula. Sistem dijangka dpt disiapkan dlm beberapa minggu lagi, tetapi kerana masalah server, Online Community Alumni MRSM Kuala Berang mungkin hanya akan mula beroperasi pada bulan 4 nanti.

Saya telah mengkaji > 70 server hosting dan telah menyenarai pendek beberapa server yang kos efisyen dan mempunyai features yang membolehkan sistem ini berjalan dengan lancar.

Kos penyelenggaraan server dan domain adalah sekitar RM130 untuk setahun (berjaya dikurangkan dari RM1365 dgn menggunakan CommunityZero dan RM218 dari server cadangan sebelum ini) dan saya masih lagi mencari jalan lain untuk merendahkan lagi kosnya. Pembiayaan untuk kos server dan domain adalah tanggungjawab semua ahli Alumni MRSM Kuala Berang. Sesiapa ingin menderma, sila hubungi email saya di comflash2@hotmail.com. Dermalah walau RM1 sekalipun kerana ia tetap membantu....


08/01/2003

Development Delay ???

Di sini terdapat sedikit berita yang kurang baik. Oleh kerana saya telah terlibat dalam kemalangan minggu lepas, saya terpaksa berehat selama seminggu. Oleh itu, development sistem telah terjejas dan saya perlu bersedia untuk ujian gantian (yg sepatutnya pada 03/01/2003). Mungkin dalam 3-4 hari lagi, development sistem akan diteruskan semula.

- ComFlash2


27/12/2002

More Progress...

Oleh kerana ujian seterusnya pada 03/01/2003, pembangunan sistem diteruskan namun perlahan. Sekarang proses pembangunan boleh dikatakan telah mencapai 70%. Walaupun begitu, saya rasakan tak lama lagi aturcara ini perlu di optimize tidak lama lagi kerana terlalu berserabut dan susun aturnya agak kelam-kabut.

Sekiranya proses optimize sedang dijalankan, tiada aturcara bagi fungsi baru akan ditulis melainkan yang boleh mengecilkan kod. Oleh itu, pada pandangan umum kelihatan seperti tiada progress yang sedang berjalan. Saya akan maklumkan sekiranya proses optimize aturcara sedang dijalankan.


20/12/2002

Test Or Exam ???

Oleh kerana sekarang musim ujian, maka pembangunan perisian akan di hentikan buat sementara waktu. Sekarang proses pembangunan telah mencapai 60%.


07/12/2002

More News !!!!

Proses pembangunan sistem berjalan dengan baik. Sekarang pembangunan telah mencapai 50%. Diharapkan tiada masalah yang menimpa. Oleh kerana ujian sudah dekat, pembangunan sistem mungkin akan lembab sedikit berbanding sebelum ini.


05/11/2002

Harddisk Failure !!!!

Hard disk yang digunakan untuk membangunkan online communitity telah rosak. Kesemua data hilang dalam sekelip mata. Salinan yang terakhir adalah salinan 1 bulan yang lalu. Oleh itu, pembangunan online community ini dijangkakan lewat 1 bulan dari tarikh yang dijangkakan.


21/09/2002

Online Community Sedang Di Bangunkan !!!!

Qber's Programmer sekarang sedang giat membangunkan satu sistem Online community untuk Alumni MRSM Kuala Berang setelah Communitzero ditutup kerana mula dikenakan bayaran. Keputusan ini diambil setelah mengambilkira bayaran penyelenggaraan yang mahal (USD$25/month) untuk terus menggunakan Communityzero. Dengan membangunkan sendiri sistem, kos penyelenggaraannya hanyalah USD$5.5/month

Sistem online community ini bangunkan dengan bahasa PERL dan direkabentuk agar bersesuaian dengan server Linux. Versi BETA pertama sistem ini dijangkakan dikeluarkan dalam jangkamasa 3 bulan lagi.


16/10/2001

Di sini akan diletakkan berita terkini berkenaan dengan MRSM Kuala Berang

Versi sebenarnya akan diupload tidak lama lagi. Harap bersabar....


15/10/2001

Versi Preview diupload. Bagaimana dengan design ini? Menarik tak? Sila hantarkan e-mail kepada saya

Data dalam versi ini masih sama seperti dalam versi 3.2.5 yang lalu dengan sedikit pembetulan. Oleh itu, jangan komplen bahawa data ini sudah ketinggalan zaman!


Version 4.0 Preview Development Members:

Web & Graphics Designer:
Mohd Hilmi bin Ngah

GUI Advisor:
Mohd Nazmi

Flash Designer :
ProTech Group

Information Feeders :
ProTech Group
ComTech 2000
Community Inc

Technical Articles Feeders:
Mohd Hilmi bin Ngah
Mohd Zamri Ibrahim

Technical Supporter:
COMPLEX Universal Studios

*All members are Qberians except Mohd Nazmi