Assalamualaikum... Mulai hari ini dan beberapa hari akan datang, saya akan mencuba beberapa konfigurasi, theme, modul dan penyelenggaraan pada alumni qber ini sebagai persediaan untuk integrate dengan ansaraqber.org. Oleh itu, mungkin akan berlaku sedikit ketidakstabilan dan mungkin juga BUGs baru. Oleh itu, jika anda terjumpa sebarang masalah dalam web ini, sila maklumkan kepada saya dengan segera. Proses integrasi akan dimulakan secepat mungkin (sebelum majlis perkahwinan saya 11-3-2006).
Theme baru yang akan digunakan oleh web baru kita (www.ansaraqber.org) juga bermotifkan warna biru-putih, tetapi lebih berkontra dan lebih ceria. Sebaik sahaja www.ansaraqber.org dilancarkan, domain www.alumniqber.org akan masih valid sehingga bulan 8 2007. Tetapi domain rasmi adalah www.ansaraqber.org dan dan sebarang kemasukan ke www.alumniqber.org akan di redirect ke www.ansaraqber.org. Harap maklum.