Ke mana admin kita yek ? He he he... satu soalan yang menarik. Sejak 1-2 bulan kebelakangan ini saya memang agak jarang aktif sama ada melalui chat, atau pun forum kerana sangat sibuk dengan kerja-kerja opis yang tak habis-habis. Dengan keanggotaan seramai 230 orang, Alumni Qber bukan lagi boleh di perkecil-kecilkan. Oleh itu, kesibukan saya sehingga jarang online adalah satu kelemahan yang tidak patut dibiarkan.

Untuk mengatasi masalah ini, saya bercadang untuk melantik moderator untuk setiap forum, agar lebih teratur dan berkesan.
Selain itu, saya juga akan menyediakan masa yang tetap, iaitu setiap hari Selasa (malam rabu), pukul 9.00-10.30 mlm adalah masa untuk CHAT DENGAN ADMIN di laman web ini. Sebarang masalah, perbincangan dan kritikan dan lain-lain boleh diajukan dan dijawab secara realtime dengan saya.
Selain itu, saya juga bercadang untuk mewujudkan masa yang tetap setiap minggu (saya cadangkan hari Sabtu (malam Ahad) pukul 9.00mlm - 11.00 mlm) sebagai HARI CHAT QBER, di mana semua qberians berkumpul dan chat di sini.
Kedua-dua cadangan ini adalah terbuka untuk diperbincangkan oleh semua ahli MRSM Kuala Berang. Diharapkan semua ahli akan bekerjasama dengan ONLINE pada hari yang telah ditetapkan itu nanti. Marilah kita sama-sama berkumpul dan bertukar-tukar pengalaman disini sama-sama.