Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah.
Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.
Saya : Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki.
Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang
tu.
Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan
yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nunn..
Saya : Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
Pengemis: (Sambil tersenyum
Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman..^_^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Diorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak ckit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah!
Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!
Saya : Cisss..Hampehhhhhh. ......!!!!
Hehehehehe.. dah, pi sambung buat kerja tu balik, kalau tak nak menerima nasib seperti pakcik.

Today: 0
Yesterday: 0
Overall: 625
Guests : 8
Members : 0
Total: 8





